Monday, February 21, 2011

BATAS-BATAS SYARAK

Soalan:

Tidak bolehkah saya keluar dengan teman lelaki saya jika saya dapat mengawal perasaan serta memahami batas-batas syarak?

Jawapan:

Tidak boleh, kerana ia adalah perbuatan menghampiri zina. Rasulullah S.A.W juga telah berpesan, “apabila seorang lelaki dan seorang perempuan berdua-duan (walaupun dikhalayak ramai), syaitan akan menjadi orang ketiga”(Abu Daud).

Cadangan saya kepada anda, segeralah berkahwin kerana ia akan menghalalkan segala perhubungan anda dengan teman lelaki anda.

Sumber:

Kemusykilan Remaja- menjawab segala persoalan remaja oleh Ustaz Mazlee Malik

Friday, February 11, 2011

SAMBUT HARI VALENTINE

Soalan:

Apakah hukumnya menyambut hari Valentine walaupun hanya untuk bersuka-suka sahaja?

Jawapan:

Hukumnya haram. Adalah tidak wajar seseorang merayakan hari perayaan yang membuka ruang pintu maksiat dan zina.

Alasan suka-suka bukanlah lesen bagi seseorang untuk melakukan dosa dan maksiat. Adakah seseorang tidak akan berdosa jika dia mengatakan saya membunuh kerana suka-suka, saya menipu kerana suka-suka. Saya mencuri kerana suka-suka, saya berzina kerana suka-suka, saya tinggalkan solat kerana suka-suka dan pelbagai lagi.

Sumber:

Buku Kemusykilan Remaja - menjawab segala persoalan remaja oleh Ustaz Mazlee Malik