Saturday, April 14, 2012

Wahai Remaja...

Wahai remaja di luar sana, ingatlah bahawa hidup ini cuma sementara waktu sahaja dan akhirat itu kekal abadi. Jadi marilah kita sama-sama mensyukuri nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita dan meninggalkan maksiat kepada-Nya.

Wahai remaja, sesunggunya lelaki dan wanita diciptakan untuk saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Oleh itu, Allah menganugerahkan perasaan cinta, kasih dan sayang kepada lelaki dan wanita.

Tetapi ingatlah wahai remaja, jika betul anda menyukai seseorang maka salurkan lah ia pada jalan yang dibenarkan oleh agama kita iaitu Islam. Janganlah anda berdua-duaan sebelum anda diijab qabulkan sebagai suami isteri kerana,

Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya: “Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga”. (Riwayat At-Tirmidzi)

Jadi jika benar anda ingin berjumpa dengan teman anda bawalah mahram anda. Sesungguhnya Islam itu agama yang mulia. Islam melarang umatnya menjerumuskan diri ke dalam lembah kebinasaan. Seperti firman Allah, "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
(Surah Al-Isra' 17: Ayat Ke 32)

Oleh itu, marilah kita sama-sama menjaga diri kita agar tidak tercampak ke dalam mana-mana lembah yang dimurkai Allah. Ikutilah ajaran Islam yang sebenar. Sesungguhnya Islam itu mudah melainkan manusia saja yang menyusahkannya.

No comments:

Post a Comment