Wednesday, June 8, 2011

Salamnya Orang Lelaki ke atas Isterinya dan Wanita yang Mahram Kepadanya atau Kepada Wanita yang Bukan Mahram

1. Dari Sahl bin Sa'ad r.a., katanya: "Di rumah kita ada seorang wanita, atau dalam riwayat lain disebutkan: "Kita mempunyai seorang wanita yang sudah tua. la mengambil dari pokok tanaman sayur bernama silik lalu sayur itu diletakkan olehnya dalam kuali dan ia menumbuk biji-bijian gandum. Maka jikalau kita semua telah selesai melakukan shalat Jumaat, kitapun pulanglah lalu kita mengucapkan salam pada wanita tadi, kemudian ia menghidangkan makanan yang dimasaknya itu pada kita." (Riwayat Bukhari)

2. Dari Ummu Hani' yaitu Fakhitah binti Abu Thalib radhi-allahu 'anha, katanya: "Saya datang di tempat Nabi s.a.w. pada hari penaklukan kota Makkah dan beliau s.a.w. sedang mandi, sedang Fathimah menutupinya, kemudian saya mengucapkan salam pada-nya," dan selanjutnya Fakhitah menyebutkan kelanjutan Hadis ini sampai selesai. (Riwayat Muslim)

3. Dari Asma' binti Yazid radhiallahu 'anha, katanya: "Nabi s.a.w. berjalan melalui kita, yaitu kelompok kaum wanita, lalu beliau s.a.w. mengucapkan salam kepada kita."
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan. Ini adalah lafaznya Imam Abu Dawud. Adapun lafaznya Imam Termidzi ialah:
Bahwasanya Rasulullah s.a.w. berjalan dalam masjid pada suatu hari melalui sekelompok kaum wanita yang sedang duduk-duduk, lalu beliau s.a.w. memberikan isyarat dengan tangannya dengan disertai ucapan salam.


Keterangan hadis-hadis di atas:
Diperbolehkannya lelaki untuk menyapa perempuan dan sebaliknya, adalah dengan syarat tidak ada ketakutan godaan untuk melakukan yang haram. Berikut adalah butiran lanjut:

1. Seorang wanita muda dilarang untuk menyapa lelaki dan untuk menyambut sapaan mereka.

2. Sekumpulan perempuan atau seorang wanita tua dibenarkan untuk menyapa lelaki dan untuk menyambut salam lelaki. Lelaki juga dibenarkan untuk menyapa kumpulan wanita atau seorang wanita tua.

3. Seorang lelaki sendiri tidak dibenarkan untuk menyapa seorang wanita muda.

4. Seorang lelaki sendiri dibenarkan untuk menyapa sekumpulan wanita.

Namun, dalam semua kes ini, hukum Islam di dalam hal ini, termasuk menundukkan pandangan, harus dilaksanakan.

Dipetik dari Riyahus Shaliheen jilid 2

No comments:

Post a Comment